Monday, July 15, 2013

I Did It ! #3

Assalamualaikum, 

Hai ! Maaf lama menyepi. Menyepi kerana mempunyai kekangan waktu untuk menaip mencurahkan segala cerita di sini. Maaf sekali lagi. Bukan sengaja. Ada juga niat nak update, tapi seperti yang dikatakan, mempunyai kekangan waktu yang menghalang daripada diri ini untuk menaip. Biasalah. Dulu bolehlah nak duduk menghadap blog ni doplohpat jam. Ada je masa nak menaip, nak mengedit blog ni kasi comel. Tapi sekarang? Buka blog sendiri pun sebulan sekali. Kahkahkah kesian.

Okay. Panjang mukadimah. Mari terus kepada point utama. Hmm dah sem 4 dah aku. Huyooo setahun lagi nak habis setadiii ! Best nya ! Lepas tu dah boleh kerja, kumpul duit, kumpul harta, boleh kahwin ! Kehkehkeh >,< Sekarang dah sem 4, maknanya aku sedang intern sekarang ni. Atau kata lain menjalani latihan industri. Taktau juga? Haa praktikal. Senang. Hahah ! So,  how my practical? Hmm malas nak cerita sini. Sekarang ni nak cerita result sem 3 je. Cerita praktikal tu, tunggu lain entry ekk. Boleh ke tidak? Haa mestilah boleh, ye dak? Hee ;')

So, result sem 3 sedikit mengecewakan. Sikit jelah. Sebab aku memang dah target apa yang termampu. Aku tak target tinggi dan aku tau kat mana kemampuan aku. Macam mana yang aku study, macam tulah yang aku dapat kot. Bukan tak usaha, ada usaha. Tapi seperti yang sedia maklum, aku memang jenis study last minute punya orang. Tak boleh study awal-awal. Memang takkan masuk. Aku dah pernah try banyak kali, masih tak berjaya. Hmm

Lahh tunggu result aku ek? Haa nah tengok dah berzaman punya result, baru sekarang nak tunjuk. Kahkahkah


Hamekau gedabak terus aku pampang result aku. Hew XD Ye result sem lepas menurun sikit. Macam ni yang aku belajar, macam ni lah yang aku dapat. Alhamdulillah, bersyukur sangat dah 3 sem, belum ada lagi yang repeat. Beryukur sangat ! In shaa Allah akan kekalkan untuk tiada repeat and tingkatkan pointer. In shaa Allah, semoga dipermudahkan. 

To those yang ada repeat paper, jangan cepat mengalah. Ada lagi 2 sem, boleh try harder. In shaa Allah. Jatuh sekali, bangun untuk kali kedua. Jatuh dua kali, bangun untuk kali ketiga. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Takda apa dalam dunia ni yang senang. 

Good luck ! Chiawww~

Wednesday, December 12, 2012

I Did It ! #2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini 12.12.12. Cantik tarikh tu kan? Well, apa ada pada tarikh tu kan? Nothing special. It just a date. Okay, DATE. Haaa tu diaaa. Ehehe ;') Eh motif aku update blog harini bukan nak cerita pasal tarikh yang cantik ni. Aku nak cerita pasal result aku sebenarnya. Yaa result yang baru je keluar kelmarin, Isnin 10.12.12 haritu. The day which is hari yang sangat "Apelah result aku nanti? Pointer macam mana? Ada repeat paper tak? Ahh janganlah ada repeat paper. Tak nak ! Tak sanggup !" Haa macam tulah. Hehehe. Tak tenang nak tidur malam tuu.

Tepat pukul 12 tengah malam 10.12.12, masing-masing sibuk masuk portal rasmi poli masing-masing untuk check result. Aku malas nak check awal-awal sebab aku tahu line busy gila masa tu. Masing-masing berpusu-pusu masuk nak check. Daripada aku sakit hati check awal-awal, baik aku tidur walau sebenarnya tak boleh nak lena. Hahah ! Then pagi-pagi lepas subuh barulah aku check. Itu pun nak kena refresh reload dekat doploh kali oii ! Ohh sakitnya hati. Hahah :D Kesianlah si Aiman ni kena dengar aku membebel kat whatsapp. Memang dia je selalu dengar aku membebel kalau ada benda aku tak puas hati. Heheh terima kasih Mann.

So, lets check it out my result for this sem !

Takde apa pun yang nak dibanggakan sebab rasa macam teruk gila result aku untuk sem ni. Pointer jatuh. Daripada 3.09 --> 2.96. Jatuh sebanyak 0.13 anak tangga. Wahh dah macam carta muzik-muzik lah pula. Hahah ! Apa yang di target, tak tercapai. Memang seriously aku sedikit kecewa masa tu dan sampai sekarang. Tapi aku takleh tunjuk yang aku pun down sebab ada 3 orang yang aku sayang lebih down daripada aku. Aku bersyukur dengan result sem ni sebab semua lulus and aku takde paper repeat. Alhamdulillah. Bersyukur sangat walaupun sedikit kecewa. Takpe, nanti sem depan kan boleh cuba lagi. 

Tapi. Haa ada tapi nya tuu. Hahah kenapa Financial Accounting 1 (FA1) aku C? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Hmm itu yang buat aku kecewa sebenarnya. Aku memang tak target langsung Account aku akan jadi C. Hmm nak kena hadap FA2, FA3 and FA4. Ada 3 lagi FA nak kena hadap. UBS, Taxation and Auditing lagi. Law lagi. Hmm janganlah sampai aku give up. Yee kena kuat. 3N kena kuat. Takde enjoy lagi untuk sem depan. Ni kes banyak enjoy lah ni. Tu yang result semua kelawot tuu. Haihhh.

Hmm dah jangan mengeluh. Tak baik mengeluh tauu. Bersyukur. Bukan kau sorang je yang result teruk. Ada lagi yang lebih daripada kau. Sama-sama kuatkan azam, cekalkan hati, gigih berusaha, sentiasa semangat dan yakin pada diri untuk tetap tabah menghadapi liku-liku hidup sebagai pelajar. *Semua nama jalan kat T6 ni aku sebut. Hahah*

K dahh. Sebelum makin banyak aku menyanyah, baik aku tamatkan entry ini dengan sekian terima kasih. Ohh kalau nak tengok result aku masa sem 1, ni diaa ;)

Kbye, Chiaoo :*

Saturday, December 1, 2012

Holiday Has Begin ! Yeay !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,




Hye ! Eh hye sumorangg ! Yee, awak yang comel, handsome, kacak, macho, cantik, manis tu. Kita jumpa lagi. Sihat dop? Hehehe ;') Finally ! Final pun dah tamat. Oh seminggu yang lepas final aku habis dan dah seminggu sebenarnya aku balik Kluang duk menguruskan diri yang dah gemuk ni. Kahkahkah :D Kita tengok, dalam masa tiga minggu ni, boleh tak aku turunkan berat badan aku macam duluu. Wait and see yaa. Memang berharap oii. Sakit oii asyik kena kata gemuk jee. Erghh tension jugak kekadangg. Ahh dah lari topik !

So, how's my final? Alhamdulillah, syukran jazilan aku boleh buat. Boleh buat and boleh score. Score banyak mana tu tak tahulah kan. Kita tunggu je result keluar 10 December ni nanti. Takpe, 9 hari je lagi. Berdebor oi berdebor. Dedo je rasa. Hahah :D Doa banyak-banyak okay ! Berharap sangat takde subject repeat. Sakit weh repeat. Lagi-lagi kalau nak kena jadi Peguam Perundangan lagi. Ahh tak sanggup. Cukuplah satu sem je aku kena lantik jadi Peguam Undang-Undang Perdagangan. Next sem biarlah dilantik untuk menjadi Peguam Undang-Undang Syarikat pulaa ;') Hahah suka berangan tau Miza ni ! 

Setiap kali keluar kelas, habis jawab paper, hati aku tenang. Setenang air di lautan tanpa gangguan si buaya. Kalau aku tenang tu, maknanya, InsyaAllah aku pass ;') InsyaAllah. Doa je yang mampu aku kirim. Tapi ! Ohh ada tapinyaaa tuu. Untuk paper terakhir, keluar dewan. Aku rasa kecewa nak menangis nak meraung nak menjerit sebab last paper aku cuai. Cuai yang membuatkan aku rugi. Rugi sangat-sangat. Hmm. Takpelah. Dah lepas. Malas nak ingat lagi. Memang tunggu je result keluar nanti. Memang risau tahap maksima dah ni. Aishhh =='

Walaupun cuti untuk sem ni tak selama cuti sem lepas, aku tetap bersyukur. Bersyukur dapat relase tension tanpa perlu memikirkan masalah study, nak kena hafal itu ini, dapat makan sedap-sedap 2 hari sekali ibu aku buat kek, mana tak heaven. And the most special, dapat jumpa Encik Kesayangan. Heheh ;') Jauh kan. Jumpa sekali sekala je even setaman. Tak payah nak menggedik kata aku date hari-hari dengan dia. Grr' Eh meronta pula. Eh okay. Aku memang suka melalut. Kbaii. See yaa on next entry !

Best nya kalau dapat snorkeling :D

Chiaowww :D

Monday, October 8, 2012

Berdoa Dan Terus Berdoa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

'Ya Allah, jika benar dia untuk ku, dekatkanlah hatinya kepada ku. Namun, jika dia bukan untuk ku, damaikanlah hati ku dengan ketentuan Mu dan jauhkanlah hatinya daripada ku. Aminn.'

Puan Hafizah, lecturer OSHA sentiasa pesan suruh baca doa ni lepas habis solat. Dan aku pula sentiasa mengamalkannya. Bukan nak menggatal ataupun apa, puan sendiri pesan 'Dah tiba masanya untuk awak berdoa agar awak mendapat jodoh yang terbaik. Jodoh itu rahsia Allah, cepat atau lambat telah ditetapkan.' 

Pesan ibu pun aku tak pernah lupa. Ibu selalu kata 'Ibu tak kisah kau nak berkawan dengan siapa, tapi biar pandai jaga batas. Jangan berlebih-lebih. Lagi satu, kalau nak cari, carilah lelaki yang pandai menghormati ibu dan ayah. Kalau ada terjumpa ibu dan ayah kat mana-mana, tegur and kalau boleh salam tangan ayah tuu. Jangan cari yang pemalu sangat, kedekut, suka kongkong kau. Kau sendiri yang merana nanti.' Sebab kenapa saya pergi tinggalkan awak, inilah dia. Ibu dan ayah tak pernah kata dia tak suka secara direct. Mereka just pesan yang macam ni je and selebihnya biar saya yang fikir sendiri. Parent mana tak nak yang terbaik untuk anak mereka kan? Same goes with your parent.

For my future, I hope our love will stay till Jannah, InsyaAllah. Saya tak nak bandingkan awak dengan ex-ex saya yang sebelum ni. Saya just harap kita berjaya dalam mendalami ilmu dunia mahupun akhirat. 'Allah takkan bagi kita ujian kalau kita tak mampu nak hadapinya. Kita akan bertemu dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan orang yang betul.'

Mengalir air mata baca cerpen ni ;'(

Tuesday, September 11, 2012

Don't Give Up !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jangan sesekali mengalah Mizaa. Lagi beberapa bulan je nak final. Teruskan okay? Baru sem 2 kan? Sabar tauu. Mizaa kan kuat orangnya. Ini kan baru permulaan? Dah, jangan tension-tension, jangan moody-moody, jangan give up even at once !



Good luck dear !
NOTAKAKI: Thanks for giving me the strength ;')

Monday, September 10, 2012

Inilah Yang Tinggal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai hai hai. Tak nak taip panjang-panjang, membebel banyak-banyak. Nak post gambar jee. Gambar raya yang masih bersisa ni. Bhaha :D 

Kiri (Berdiri): Khairul, Haiqal, Azri, Mas
Kiri (Duduk, Atas): Syazani, Raihan, Fatin, Wada Jalal,
Bonda, Izni, Miza, Shafika, Wada Karim, Nadia, Aqilah
Kiri (Duduk Bawah): Hariz, Annuar, Zulhani, A'ai, Aqlini
Nampak tu haa trademark 'Teacher Bonda' tuu?? Haa means that curi kat blog Bonda. Thehe ;') Yee Bonda yee. Saya ambil yee gambar nii ;') Masa ni unplanned pun nak beraya rumah Bonda. Last minute decision. By the way, thanks for the mee goreng cacamarba tu yee. Sedapppppppppppppppppp :D Next raya buat lagi tauuuuu.

Dari Kiri: Syazani, Hariz, Aliff (tuan rumah), Athirah,
Wada Jalal, Fatin, Izni, Miza, Nadia, Fatihen.

Awek-awek cun dan pakwe-pakwe hemsemmmmmmmmm >,<


Tiru gaya Athirahh. Comel gitewwww >,<

Nak balik dahh. Posing sat ;')
5 gambar kat atas ni semua kat rumah Aliff, sang mantan monitor kelas 5 Ikhtisas/2010. Fatin, Wada, Izni and aku rushing dari destinasi masing-masing semata nak pergi rumah dia, makan mee udangggggg. Sedapppp. Fatin dari Kulai, Wada dari Mersing, Izni dari bandar Kluang, and aku dari KL. Paling jauhhhhhhhhh aku lahh. Heee ;')

Inilah memori raya yang masih bersisa yang sempat dimanfaatkan untuk berkumpul semula. Yeayy ! Bhaha :D Okebaii, see you later :*

Tuesday, August 28, 2012

Syawal Dirai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Fuhhh fuhhh. Banyaknya habuk. Penuh sawang dah ni haa. Haaaachuuuuuuuum =3= Haaa tu diaaa. Sampai terbersin dah haa. Aishhh. Maaflah dibiarkan sepi je blog ni. Mood takdok nak update. Hikhokk ni pun update sebab semalam duk stalk blog sendiri. Rasa kesian pula tak di update. Ahaii ayat =='

Harini masuk Syawal ke-10 dah. Alhamdulillah seminggu lebih kita telah meraikan Syawal, dan seminggu lebih juga kita telah meninggalkan Ramadan. Harap-harap kita akan berjumpa lagi di Ramadan yang akan datang, InsyaAllah jika diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ;') So, amacam raya?

Raya? Hmm tak semeriah tahun yang sudah raya tahun ni. Tak tahu kenapa raya kali ni memang bosan. Raya pertama je dah selesema dan berlanjutan sehingga raya ketiga yang ditambah dengan batuk dan demam. Memang awesome. Walau apapun, Alhamdulillah kerana masih dapat meraikan Syawal. Nah hamek le tengok gambar raya yang tak meriah ni haa >,<' *Ayat nak sedih X)

Dari kiri: Mizaa (First), Ayah, Ibu, Hanis (Last), Hakimi (Third)
and Haziqah (Second)
Gambar raya pertama untuk tahun ni. Susunan pun terabur. Kelam-kelibut
dah time ni haa. And rasanya ni je gambar yang sempat diambil ;'0

Atas dari kiri: Sarah, Diana, Bella, Mizaa
Bawah dari kiri: Sarah, Diana, Shafinaz, Mizaa
Raya keempat. Diana call ajak pergi beraya. Yaa terpaksalah drive and terpaksalah tempuh jammed yang paling dibenci. Takkan nak ride pula kan dengan baju kurungnya tu? Hikhokkk. Time ni pergi rumah Shafinaz, Bella and Eqin je kott.

Atas dari kiri: Fatin, Aqilah, Aqlini, Syuhada, Nadia, Mizaa
Bawah dari kiri: A'ai, Raihan, Izni, Syhuhadah, Shafika
Masih menanti gambar ramai-ramai daripada
Bonda Asheeq and Mama Wada ;')
Mula beraya dengan rakan-rakan kelas ex Rumbustious Students of 5 Ikhtisas 2010 daripada raya kelima sampai raya ketujuh. Nampak tak excited nya masih ada? Ehekk rinduu nak berkumpul ramai-ramai. Masa-masa macam ni la kita kena ambil kesempatan untuk berkumpul semula. For those yang tak dapat nak join, InsyaAllah next time kita jumpa yee ;')

To ex-classmates yang berjaya continue study in degree, good luck kat tempat baru ye gang ! All the best ! We are the best !

Last but not least, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir, Mental & Fizikal yee ;') 10 jari disusun memohon ampun dan maaf daripada kalian andai ada salah dan silap sama ada secara sengaja atau pun tidak sepanjang saya menjadi blogger yang tidak terkemuka ini ;') Sekian,

NOTAKAKI: Kalau kebenaran memang dah sah ada depan mata, nak tutup guane lagi? Jujur kan bagus. Ye dakk?

Kbyee, jumpa lagi di lain entry, jangan lupa untuk click iklan yang ada kat blog ni kalau ada. Assalamualaikum ;')

Saturday, July 28, 2012

Five Months Left

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seminggu sudah kita menjalani ibadah puasa. Dua minggu sudah aku duduk sendiri kat rumah sewa yang memerlukan belanja yang agak besar ni. Haa dulu konon berlagak tak nak mohon duduk kamsis. Sekarang baru nak sedar kan betapa sukarnya hidup kat luar? Bukan tak reti berdikari, reti je. Masalahnya sekarang, duduk rumah sewa ni kos sara diri tinggi kot. Banyak duit nak kena laburkan. Nak bayar sewa rumah, nak bayar bil api air, nak beli barang dapur. Lepas tu nak beli buku-buku lagi. Huhhh sebagai student, benda macam ni boleh dikatakan sebagai beban. Beban okay.

Kalau duduk kamsis, InsyaAllah takdelah terbeban sangat kot. Penggunaan duit tu dapatlah dijimatkan. Kalau duduk rumah sewa ni, haihhh memang kena habis jimat ==' Sedih. Tapi takpelaa. Sem 2 ni je duduk rumah sewa. Sem 3 nanti InsyaAllah mohon untuk duduk kamsis ;') Harap-harap dapatlah kan :D Sem 4 dah  praktikal (LI). And kalau ada rezeki, sem 5 and 6 nanti pun harap-harap dapatlah duduk kamsis kan? Tak payahlah nak duk pening fikir pasal duit. Dah la sememangnya pening study akaun yang sentiasa jumpa and hidup dengan nombor. Heshh tak baik betul mengeluh Miza ni tauu -..-'

Sabar jelaa. 5 bulan je lagi. Bulan 11 nanti dah final yang aku rasa memang confirm kelam kelibut kot cause seminggu je final untuk 4 killer subjects. Haraplah boleh buat. InsyaAllah, aminn.


Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Kembali, Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sihatkah kalian? Bagaimana hari pertama puasa? Ada baikkah? Hehoo >,< Salam Awal Ramadhan diucapkan untuk semua umat Islam tak kira di mana jua anda berada yee. Bersyukur sangat dapat juga sambut awal Ramadhan tahun ni dengan family ;')

For those yang jauh di perantauan, usah bersedih yaa, jadikan ini pengalaman baru tak dapat sambut puasa dengan family. Jangan risau. Housemates, roommate ada menemani ;')


The girls of DAT 2A yang boleh dikatakan rata-rata dalam gambar atas ni orang pantai timur, Terengganu ;')

Harap Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding Ramadhan yang lepas. Semoga dapat topup pahala lebih. InsyaAllah, Aminn :D



Friday, July 20, 2012

All Is New ;')

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

'New Semester. New Lecturers. New House. New Housemates. New Room. New Roommate. New new new and all is new ;') '

Semester baru telah pun bermula. Yaaa kelas pada minggu pertama bagi semester baru, as usual memang asyik enak canceled. Mungkin lecturer busy. Mungkin juga lecturer ada yang kena outstation. Dannn mungkin juga lecturer ada mesyuarat. Hoo pelbagai kemungkinan yang boleh diandaikan ;') Just think positive jela yee. Hehooo >,< Dann for sure minggu kedua minggu busy cause minggu pertama kelas asyik batal je. Masa minggu kedua tu laa duk sibuk nak quiz 1, test 1, nak habiskan chapter 1, confirm kelam kelibut. Hohoho =='

Alhamdulillah, jadual semester ni tak berapa nak pack. Or memang tak pack kot? Just nak kena pay attention, as usual laa kann kalau kena pay attention tu ;') Ada few subjects yang aku agak risau, takut tak boleh nak carry. Tapi, hopefully, boleh. InsyaAllah, Amin ;')

Ini dia jadual yang tak berapa nak pack tuu.
Alhamdulillah, dalam sehari tu kelas just
dua subjek jee and balik awal.


Jadual tak pack sebenarnya sebab semester ni subjek tak banyak mana pun kot. Ahaha :D

Inilah dia 6 subjects yang perlu dipelajari untuk semester 2 ni.
And rasanya final nanti 3 papers je kot.


Masa pendaftaran haritu, my dearest Penasihat Akademik a.k.a PA ada pesan suruh berjaga-jaga dengan Macroeconomics and Commercial Law ;') Yaa since sem 1 haritu pun Microeconomics and Business Management sangkut C+ kann, risau kot kalau Macro and Law sem 2 ni kena repeat. Minta dijauhkan. Tak nak repeat. InsyaAllah, doakan jela ehh. Aminn ;')


NOTAKAKI: Motif just nak update pasal jadual kelas and subject sem 2 ni je sebenarnya :D

Okebaii, Chiaoo, Jumpa di lain entry kalau rajin nak update :D Rajin-rajinkan tangan juga untuk click iklan kat bawah ni kalau ada :D

Sunday, July 15, 2012

Will We Meet Again?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

'Pertemuan dan perpisahan itu adat dalam perhubungan ;') '


Yaaa itu benar. Haritu, setelah hampir 7 bulan tidak bertemu, secara kebetulan terserempak masa dalam bus yang berlainan. Means bus sebelah-sebelah je masa tu :D Memang tak sangka, pertemuan yang tidak dirancang sama sekali kerana masing-masing duk suka memberi alasan yang sama ;') King and Queen of The Reason :D Then 2 months after that, merancang untuk berjumpa sekali lagi. Rancangan itu dilaksanakan ;') Menghabiskan sisa-sisa masa yang tinggal sedikit dengan keluar berjalan-jalan. Lama dah tak spend time macam malam tu. Masing-masing busy. Kononnya.


Adakah malam haritu merupakan kali terakhir untuk kita berjumpa? Atau masih ada peluang lain? Entahlah. Tak berani lagi dah nak bagi harapan kat hati ni ;') Sincerely I'm still loving. But I don't know how much is it. Terkadang terasa kosong O.o

I Did It ! #3

Assalamualaikum,  Hai ! Maaf lama menyepi. Menyepi kerana mempunyai kekangan waktu untuk menaip mencurahkan segala cerita di sini. Maaf ...