Assalamualaikum,
Tettt. Selamat hari raya yang ketujuh yee bloggers sekalian ;') Hekkk. Saje jek I post lambat entry raya. Konon nak menggedik lagaknya. Haktuihh !
• Raya pertama as usual setiap tahun memang di Kluang SAHAJA ye. Lepas ayah balik sembahyang raya, makan makan dan bermula sesi fotografi. Okay kamera tak semahal kamera kalian. Hajat nak beli Nikon DSLR belum tercapai cause duit masih belum mencukupi. Almost 11 am something baru gerak pergi rumah nenek tersayang. Alaa dekat jek. Tuh haa dekat Taman Berlian Biru sebelah Taman Nilam depan Taman Intan dekat dekat dengan Taman Sri Kluang. So, potpetpotpet, kul 12 baru gerak pergi Kampong Melayu rumah Tok Ngah. Mereka si lelaki menjejakkan kaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat then baru gerak ke kubur. Kul 3 pm something barulah bergerak menuju ke rumah sanak saudara yang berada di Kluang.
• Raya kedua family I hanya duduk goyang kaki menunggu ketibaan family besauu bapak I. Entah pukul berapa mereka sampai I pun tak pasti cause busy siapkan apa tah. Haa cemtulah agaknya. Kul 2 pm something barulah gerak ke rumah sanak saudara yang berada di Kluang separuh dan di Batu Pahat separuh. Maklumlah sanak saudara memang area area Kluang jek. Kalau kasi 3 hari pun tak habis. Tuh belum lagi yang ada kat Singapore. Tapi I tak pernah jejak kaki kat Singapore nun sanaa. Tak berkesempatan. Biasanya mereka Singaporean yang datang jenguk kami di Kluang nih haa. Maghrib baru sampai rumah atok nenek di Batu Pahat. BP kat Senggarang jek yang lalu Parit Botak, Parit Kemang tuh haa. Cop ! I jumpa Wan sekejap jek bhaii. Duit raya pun tak dapat. Haduihh.
• Raya ketiga I buat apa je ye? Oh I stay jek kat rumah nenek I dengan Maksu I cause tak ikut parents beraya cause kereta tak muat cause nenek sama atok ikut plus ada marhaban pemuda laa dey. Berapa banyak cause daa? Kena siapkan puding. Kek Keju betul ! Dah lah I tak reti part part masak nih. Haihh. Tak memasal. So sementara menunggu kumpulan marhaban pemuda naik mestilah ada tetamu yang datang bertandang ye tak? Satu jek masalah I nih, I kurang suka melayan tetamu yang tidak dikenali dey. Tak lama lepastu sampailah tetamu jemputan yang ditunggu tunggu tuh kumpulan marhaban pemuda. Balik jek, satu kerja lagik kena kemas rumah pulak dah. Haihh. I hangkut jek cawan cawan tuh ke dapur, tapi tak basuh pun then lepastu I gasak membuta depan televisyen. Memang pemalas anak dara sorang nih !
• Raya keempat rasa rasanya I takdak pergi mana mana. Just tengah hari tu jela I balik Kluang then terus duduk kat rumah. Tunggu tetamu yang tidak diundang ;)
• Raya kelima pun duduk rumah jek ! Tunggu tetamu tidak diundang ;)
• Raya keenam bangun bangun terus online dengan tak basuh muka hape semua ! Adela budak budak kecik datang beraya pagi pagi nih haa. Rajin betul mereka nih bangun awal pagi semata mata nak pergi beraya yek ! Hidang air apa semua memang kerja adik I, kerja I buat air jea :P Petang pergi beraya rumah pak cik pulak. Then pak cik I serta keluarga datang rumah I pulak. Lepas Maghrib serbu rumah Mak Ngah I pulak. Lepas tu? Balik laa dey.
• Raya ketujuh plan nak pergi Batu Pahat pula ye. Entah bila nak sampai Muar I pun tatau lah you.
P/S: pictures raya untuk di-share-kan kat blog later on I upload hekk. Streamyx macemmm haremm pulak. Kat FB pun dah ada lahh.
Byee, Chiaoo
No comments:
Post a Comment