Monday, October 8, 2012

Berdoa Dan Terus Berdoa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

'Ya Allah, jika benar dia untuk ku, dekatkanlah hatinya kepada ku. Namun, jika dia bukan untuk ku, damaikanlah hati ku dengan ketentuan Mu dan jauhkanlah hatinya daripada ku. Aminn.'

Puan Hafizah, lecturer OSHA sentiasa pesan suruh baca doa ni lepas habis solat. Dan aku pula sentiasa mengamalkannya. Bukan nak menggatal ataupun apa, puan sendiri pesan 'Dah tiba masanya untuk awak berdoa agar awak mendapat jodoh yang terbaik. Jodoh itu rahsia Allah, cepat atau lambat telah ditetapkan.' 

Pesan ibu pun aku tak pernah lupa. Ibu selalu kata 'Ibu tak kisah kau nak berkawan dengan siapa, tapi biar pandai jaga batas. Jangan berlebih-lebih. Lagi satu, kalau nak cari, carilah lelaki yang pandai menghormati ibu dan ayah. Kalau ada terjumpa ibu dan ayah kat mana-mana, tegur and kalau boleh salam tangan ayah tuu. Jangan cari yang pemalu sangat, kedekut, suka kongkong kau. Kau sendiri yang merana nanti.' Sebab kenapa saya pergi tinggalkan awak, inilah dia. Ibu dan ayah tak pernah kata dia tak suka secara direct. Mereka just pesan yang macam ni je and selebihnya biar saya yang fikir sendiri. Parent mana tak nak yang terbaik untuk anak mereka kan? Same goes with your parent.

For my future, I hope our love will stay till Jannah, InsyaAllah. Saya tak nak bandingkan awak dengan ex-ex saya yang sebelum ni. Saya just harap kita berjaya dalam mendalami ilmu dunia mahupun akhirat. 'Allah takkan bagi kita ujian kalau kita tak mampu nak hadapinya. Kita akan bertemu dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan orang yang betul.'

Mengalir air mata baca cerpen ni ;'(

No comments:

I Did It ! #3

Assalamualaikum,  Hai ! Maaf lama menyepi. Menyepi kerana mempunyai kekangan waktu untuk menaip mencurahkan segala cerita di sini. Maaf ...