Wednesday, June 22, 2011

Jangan Bertudung Kalau Terpaksa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Apa yang korang faham tentang Fesyen? Fesyen secara zahirnya melibatkan pakaian yang kita pakai, blablabla continue baca SINI. Panjang sangat. Aku tak rajin nak taip. Whaha X) Tujuan aku nak post pasal Fesyen nih sebab ada persoalan kat dalam kotak fikiran aku yang comel nih. Alaa satu topik je kot =='

Adakah bertudung itu fesyen? Fesyen ke? Bukan bertudung tu wajib ke? Okay fine, aku admit yang aku bukan jenis perempuan yang bertudung sentiasa. Aku 30% free hair, 70% lagi bertudung. Aku bertudung bukan sebab fesyen. Aku bertudung sebab memang aku jenis yang bertudung. Aku free hair bila dalam taman aku jee, bila aku dah keluar taman aku, for sure aku akan bertudung. Yaa aku admit lagi yang aku bukan sesiapa nak tegur korang yang bertudung sebab fesyen, tapi sebagai seorang rakan dan muslim, why not kita saling menasihati kann?

Sekarang nih aku tak faham kenapa ramai perempuan mula bertudung tapi sebab FESYEN dan bukan sebab ALLAH? Sebab korang tak nak terlepas daripada fesyen dengan gaya bertudung, gitu? Yaa sekarang kan musim shawl sana shawl sini, aku yakin mestilah ramai yang nak try kan? Lagi satu lagi satu, ada jugak perempuan yang bertudung sebab pakwe dia suruh. Hohemgehh ==' Apekehalnyeee kau bertudung sebab pakwe weh? Pastu nanti kau clash dengan pakwe kau tu, kau bukak tudung balik ah, gituu? Subhanallah. Tak faham aku dengan dunia harini. Macam² hal. Tak payahlah bertudung kalau kau bertudung sebab terpaksa weh ! Tak berkat =='

Sorry kalau entry nih mengundang kemarahan korang. Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya kann? Awal² aku dah gtau yang aku bukan sesiapa nak tegur korang, tapi sebagai seorang rakan and muslim, why not kita saling menasihati kann? Aku tak kata aku alim doplohpat jam. Aku pun free hair jugak, tak bertudung sentiasa. Aku admit. Tapi aku bertudung bukan kerana pakwe atau fesyen ;')

Kbaii, Chiaoo

No comments:

I Did It ! #3

Assalamualaikum,  Hai ! Maaf lama menyepi. Menyepi kerana mempunyai kekangan waktu untuk menaip mencurahkan segala cerita di sini. Maaf ...