Hai ! Okay, ini bukan entry auto publish. Ini entry manual publish ! Hwkaka X) Cerita nih cerita seminggu yang lepas. Yee benda dah seminggu jadi baru aku reti nak update. Haha. Nak kata aku busy, tak sangat. Nak kata aku penat, mungkinlahh. Aku memang penat. Lagipun Facebook aku pun memang dah buat hal sejak seminggu yang lepas, so no wonder laa if aku tidur awal. Awal kee? No comment XD Baru sekarang aku tergerak nak cerita kat hal ni kat blog. Ekeke :;>
Seminggu yang lepas: 21 Julai 2011, Khamis *macam nak buat berita laa pulee. Okay, seminggu yang lepas aku kena ragut. Ragut kee? Entahlah ekk, tak reti nak describe. Tapi kes ragut jugee laa. Hehe ;') Aku on the way balik kerja that time, around 2220 waktu 24 jam. Handbag dengan selamba kucing aku letak jee dalam bakul motor. Selama nih memang aku pergi balik kerja letak beg dalam bakul jee sebab aku tak reti langsung nak silangkan beg tuu bila bawa motor. Rasa macam menyesakkan pergerakan aku. Heee. Tapi kebetulan malam tuu ayah aku yang ambil aku balik kerja cause kawan aku off day. What if aku balik sorang? Apa yang boleh korang fikir apa yang akan jadi? Okay, fikir sendiri. Aku no comment. Hehe ;') Yelaa bandar nak ke rumah aku tuu kan dekat sangat, manelah aku berani nak balik sorang². Choi jugeee >,<
Aku sendiri tatau bila ke masanya tah mamat yang berani mati tuu follow kitorang, suddenly ada sebiji motor memotong then sebiji lagi hempet motor ayah aku, teruss amek beg dalam bakul. Aku kan susah siket nak menangis. So masa tuu aku tak rasa nak nangis tapi aku rasa dup dap dup dap jelaa then rasa nak maki hamun jee hantu jembalang tak gunaa tuu. Hee ;') Satu perkara yang buat aku tak rasa nak menangis sebab nothing kat dalam beg tuu. Kosong. Empty. Just purse, perfume, and phone case Rilakkuma jelaa. Dalam purse tuu ada I/C, kad ATM, lesen and gambar passport NBS. Luckily tak ada duit sebab aku tak jadi amek duit dalam akaun. Kalau takk, tak ke melayang 50 hengget aku? Haihhh ==' Hantu jembalang tuu amek phone case Rilakkuma and perfume aku ! Ciskek sungguh ! Perfume tuu aku baru jee beli dua hari yang lepas. Baru spray dua tiga kali jee. Haihhh :/ *Erk? Mana aku tauu hantu jembalang tuu amek phone case and perfume?
Bila sampai rumah, dengan relaksnya aku gtau kat ibu aku yang aku kena ragut. Muka aku muka tak ada perasaan that time. Aku tatau laa kenapa. Then ayah terus call Maybank untuk batalkan akaun akuu. Takutlah jugee kot² hantu jembalang tuu dapat ceroboh akaun akuu. Haihhh ==' Aku text Supervisor and Lady Boss untuk inform hal ni cause hari Jumaat tuu aku kena masuk lambat. Nak kena minta permission laa dulu kann? Huheee ;') Report police, buat I/C and kad ATM baru semua aku settle kan pagi Jumaat tuu. Yang pasti hari Jumaat tuu aku force ayah aku bawa kereta. Aku trauma naik motor ! Hehe ;') Bila dah settle segala hal tu, baru aku masuk kerja. Balik kerja pulee aku kena naik bus cause ayah tak sempat amek. Hari Sabtu aku sanggup pergi kerja naik bus, balik pulee aku force ayah lagi sekali amek aku naik kereta. Heee ngade kann? Bukanlahh ! Aku traumaaa.
Tapi ! Syukran sangat hari Jumaat lepas Zohor tuu ada amoi datang rumah hantar beg akuu. Dia jumpa kat manetahh. Aku pun tak faham sangat area yang ibu aku explain haritu. Yang pasti time tuu beg and purse aku dah jahanamlah kann. Kesian. Dah laa aku sayang purse tuu.
Tak dinafikan yang aku memang masih traumaa menunggang motosikal di waktu malam yee. Tapi aku gagahkan jugee. Takyah tanyalah berapa KM/J aku bawa. Memang speed habis. Minah rempit ! Ekeke :/ Terpaksalahh. Bukan aku nak punn. Yelaa, kawan aku pun trauma jugee kot nak naik dengan aku. So, dia naik dengan kawan dia lagi sorang. So, aku balik sendiri. Seram tauu ! Heee ;') Tapi syukran laa sebab ada jee yang follow aku balik even aku tatau siapa. Malam tadi time aku nak keluar simpang, kebetulan muncul sorang mamat nih. At first dia pecut, tinggalkan aku. Tetiba dia slow motion and aku terus motong dia. Dia pun follow jee aku sampai simpang masuk taman akuu. Thankss yee pemfollow yang baik hati. Next time follow saya lagi eyh? Hee ;')
Dinasihatkan kepada wanita dan gadis di luar sana yang menunggang motosikal, silalah berhati-hati yee. Kalau boleh, tak payah bawa beg. Membahayakan nyawa. Hehe padahal aku pun bawa beg jugee tapi bukan handbag laa. Aku trauma nak bawa handbag. Aku bawa beg belakang, kecikk comel jee.
![]() |
Tapi beg aku bukanlah warna macam nih. Kecikk dia macam nih. Penat aku selongkar almari bilik ibu aku, semata-mata nak cari beg ibu yang kecikk nih. Hehe ;') |
Dahh tuu jeee.
Kbaii, Chiaoo
No comments:
Post a Comment