Saturday, July 28, 2012

Five Months Left

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seminggu sudah kita menjalani ibadah puasa. Dua minggu sudah aku duduk sendiri kat rumah sewa yang memerlukan belanja yang agak besar ni. Haa dulu konon berlagak tak nak mohon duduk kamsis. Sekarang baru nak sedar kan betapa sukarnya hidup kat luar? Bukan tak reti berdikari, reti je. Masalahnya sekarang, duduk rumah sewa ni kos sara diri tinggi kot. Banyak duit nak kena laburkan. Nak bayar sewa rumah, nak bayar bil api air, nak beli barang dapur. Lepas tu nak beli buku-buku lagi. Huhhh sebagai student, benda macam ni boleh dikatakan sebagai beban. Beban okay.

Kalau duduk kamsis, InsyaAllah takdelah terbeban sangat kot. Penggunaan duit tu dapatlah dijimatkan. Kalau duduk rumah sewa ni, haihhh memang kena habis jimat ==' Sedih. Tapi takpelaa. Sem 2 ni je duduk rumah sewa. Sem 3 nanti InsyaAllah mohon untuk duduk kamsis ;') Harap-harap dapatlah kan :D Sem 4 dah  praktikal (LI). And kalau ada rezeki, sem 5 and 6 nanti pun harap-harap dapatlah duduk kamsis kan? Tak payahlah nak duk pening fikir pasal duit. Dah la sememangnya pening study akaun yang sentiasa jumpa and hidup dengan nombor. Heshh tak baik betul mengeluh Miza ni tauu -..-'

Sabar jelaa. 5 bulan je lagi. Bulan 11 nanti dah final yang aku rasa memang confirm kelam kelibut kot cause seminggu je final untuk 4 killer subjects. Haraplah boleh buat. InsyaAllah, aminn.


No comments:

I Did It ! #3

Assalamualaikum,  Hai ! Maaf lama menyepi. Menyepi kerana mempunyai kekangan waktu untuk menaip mencurahkan segala cerita di sini. Maaf ...