Wednesday, December 12, 2012

I Did It ! #2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini 12.12.12. Cantik tarikh tu kan? Well, apa ada pada tarikh tu kan? Nothing special. It just a date. Okay, DATE. Haaa tu diaaa. Ehehe ;') Eh motif aku update blog harini bukan nak cerita pasal tarikh yang cantik ni. Aku nak cerita pasal result aku sebenarnya. Yaa result yang baru je keluar kelmarin, Isnin 10.12.12 haritu. The day which is hari yang sangat "Apelah result aku nanti? Pointer macam mana? Ada repeat paper tak? Ahh janganlah ada repeat paper. Tak nak ! Tak sanggup !" Haa macam tulah. Hehehe. Tak tenang nak tidur malam tuu.

Tepat pukul 12 tengah malam 10.12.12, masing-masing sibuk masuk portal rasmi poli masing-masing untuk check result. Aku malas nak check awal-awal sebab aku tahu line busy gila masa tu. Masing-masing berpusu-pusu masuk nak check. Daripada aku sakit hati check awal-awal, baik aku tidur walau sebenarnya tak boleh nak lena. Hahah ! Then pagi-pagi lepas subuh barulah aku check. Itu pun nak kena refresh reload dekat doploh kali oii ! Ohh sakitnya hati. Hahah :D Kesianlah si Aiman ni kena dengar aku membebel kat whatsapp. Memang dia je selalu dengar aku membebel kalau ada benda aku tak puas hati. Heheh terima kasih Mann.

So, lets check it out my result for this sem !

Takde apa pun yang nak dibanggakan sebab rasa macam teruk gila result aku untuk sem ni. Pointer jatuh. Daripada 3.09 --> 2.96. Jatuh sebanyak 0.13 anak tangga. Wahh dah macam carta muzik-muzik lah pula. Hahah ! Apa yang di target, tak tercapai. Memang seriously aku sedikit kecewa masa tu dan sampai sekarang. Tapi aku takleh tunjuk yang aku pun down sebab ada 3 orang yang aku sayang lebih down daripada aku. Aku bersyukur dengan result sem ni sebab semua lulus and aku takde paper repeat. Alhamdulillah. Bersyukur sangat walaupun sedikit kecewa. Takpe, nanti sem depan kan boleh cuba lagi. 

Tapi. Haa ada tapi nya tuu. Hahah kenapa Financial Accounting 1 (FA1) aku C? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Hmm itu yang buat aku kecewa sebenarnya. Aku memang tak target langsung Account aku akan jadi C. Hmm nak kena hadap FA2, FA3 and FA4. Ada 3 lagi FA nak kena hadap. UBS, Taxation and Auditing lagi. Law lagi. Hmm janganlah sampai aku give up. Yee kena kuat. 3N kena kuat. Takde enjoy lagi untuk sem depan. Ni kes banyak enjoy lah ni. Tu yang result semua kelawot tuu. Haihhh.

Hmm dah jangan mengeluh. Tak baik mengeluh tauu. Bersyukur. Bukan kau sorang je yang result teruk. Ada lagi yang lebih daripada kau. Sama-sama kuatkan azam, cekalkan hati, gigih berusaha, sentiasa semangat dan yakin pada diri untuk tetap tabah menghadapi liku-liku hidup sebagai pelajar. *Semua nama jalan kat T6 ni aku sebut. Hahah*

K dahh. Sebelum makin banyak aku menyanyah, baik aku tamatkan entry ini dengan sekian terima kasih. Ohh kalau nak tengok result aku masa sem 1, ni diaa ;)

Kbye, Chiaoo :*

No comments:

I Did It ! #3

Assalamualaikum,  Hai ! Maaf lama menyepi. Menyepi kerana mempunyai kekangan waktu untuk menaip mencurahkan segala cerita di sini. Maaf ...